Bilangan Pengunjung:

Thursday, March 29, 2018

Adakah PAS Bersekutu Dengan UMNO Dalam Diam ?

Adakah PAS Bersekutu Dengan UMNO Dalam Diam ?
Oleh: yieMEGA

DEMAM Pilihan Raya Umum yang ke 14 semakin jelas terasa, semakin hari terasa semakin dekat dengan detik keramat negara kita itu. Bermacam-macam isu timbul dari 1MDB, Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya, Undang-undang Anti Berita Palsu, Isu Air di Selangor, Isu Air di Besut. Sudah bermacam-macam "statement" kita sudah dengar baik di pihak Barisan Najib mahupun di pihak Pakatan Harapan Termasuklah "Statement" dari Imam Besar Mazhab Gagasan Sejahtera YB Tuan Guru Haji Hadi yang berkaitan dengan pilihan raya yang disifatkan sebagai 'ibu segala pilihan raya' tersebut.

Penulis hanya ingin fokus mengenai "statement" yang dikeluarkan oleh pihak PAS akhir-akhir ini. Kalau kita lihat beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak PAS sejak mutakhir ini, kita akan dapati kebanyakkan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh PAS seolah-olah mereka 'sebulu' dengan Barisan Najib. Paling memeranjatkan mereka lebih banyak menyerang Pakatan Harapan daripada Barisan Najib. Berdasarkan beberapa kenyataan PAS sebelum ini penulis merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan PAS. Daripada pemerhatian penulis, kelihatan beberapa kenyataan yang dikeluarkan PAS sejak mutakhir ini seolah-olah menunjukkan PAS sudah bersekutu dengan UMNO secara diam-diam. Maklum sahaja teringat pula satu ayat yang berbunyi "Bersekutu menambahkan mutu". Mungkin itu adalah salah satu cara PAS untuk menambahkan mutu.

Namun, masih samar samaada PAS sudah bersekutu dengan UMNO atau tidak cuma ciri-cirinya sudah kelihatan semakin ketara. Andai kata PAS benar-benar bersekutu dengan UMNO, ini bermakna PAS telah memperbodohkan ahlinya sendiri yang sudah sedia bodoh itu kerana bagi mereka semua pemimpin-pemimpin PAS semuanya 'maksum' kerana katanya "ulama-ulama" mereka adalah perwaris nabi kononya. 


Perlu diingatkan bahawa kalau mengikut sejarah PAS pernah bersekutu dengan UMNO di zaman Tun Razak menjadi Perdana Menteri, sekarang ni pula zaman anak Tun Razak mungkin anaknya ingin mengulangi apa yang Allahyarham Tun Razak pernah lakukan dahulu, walaupun mungkin sekiranya Tun Razak masih hidup dia sendiri malu nak mengaku yang Perdana Menteri sekarang adalah anaknya.

Dalam politik sebenarnya tiada yang mustahil boleh berlaku, sekiranya anda tak mahu ditipu hidup-hidup oleh PAS jadi lebih baik tidak memberi undi kepada PAS itulah jalan terbaik kalau anda tetap memangkah bulan di kertas undi tapi tiba satu masa PAS pun mengumumkan mereka 'bersekutu" dengan UMNO sudah tentu anda akan menyesal undi PAS (Oh ya jangan lupa baca harakah sebab ianya kitab sahih bagi PAS).

Akhir kalam, kita hanya boleh tunggu dan lihat sahaja apa akan jadi lepas ini kerana kita hanya mampu merancang tetapi Allah tuhan seru sekian alam yang menentukan. Jangan baca kitab lain bacalah kitab sahih PAS iaitu Harakah di situ akan menjawab segala persoalan yang timbul, dan paling menarik semua berita baik-baik mengenai PAS ada dalam kitab tersebut.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin